Sabah Menuju PRN 2020

Umum mengetahui bahawa kerajaan Sabah di bawah pemerintahan Parti Warisan Sabah telah mengambil keputusan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah. Menerusi sidang media pada 30 Julai 2020 oleh Presiden Parti Warisan Sabah sekaligus merangkap Ketua Menteri Sabah iaitu Shafie Apdal, bahawa pembubaran DUN Sabah telah mendapat perkenan Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Juhar Mahiruddin. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) turut menerima pemakluman rasmi daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah berhubung pembubaran tersebut. Menurut Setiausaha SPR, berdasarkan Perkara 21 (4), Perlembagaan Negeri Sabah, pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran DUN.

 

 

Download

Sabah Menuju PRN 2020 (BM)

Sabah to Face Snap Elections (Eng)